Krisis Sultan -Menteri Besar Johor Othman_Saat

Wartawan Chamil Wariya dalam bukunya 'Krisis Sultan - Menteri Besar, apa sebenarnya terjadi' mendedahkan krisis Sultan Johor dengan Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu (1982) Tun Musa Hitam , telah menegur Othman Saat yang didakwa memberi kawasan balak dan tanah berasaskan pertimbangan politik. Othman diarah menghentikan amalan itu. Beliau dilihat sudah terlalu lama menjadi Menteri Besar dan hendaklah memberi laluan kepada orang muda.[1]

Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar yang baru dilantik semula sebagai Tengku Mahkota Johor, menggesa Othman Saat segera berundur kerana mempertikaikan kesahihan TMJ. Beberapa demonstrasi dirancang akan diadakan di beberapa tempat seperti di Kota Tinggi.[2] Sultan Ismail koma pada 8 Mei, tiga hari sebelum kemangkatannya. Sultan mengeluarkan perintah supaya Othman Saat keluar dari pejabatnya dalam tempoh 24 jam, tidak lama selepas kematian Sultan Ismail. Tetapi Othman Saat tidak mengendahkan arahan itu. Namun akhirnya meletakkan jawatan selepas campur tangan Dr Mahathir Mohamad.

Krisis ini menyamai kisah Dato' Nik Hassan Wan Abdul Rahman dengan Sultan Terengganu, Dato' Abdul Rahim Abu Bakar dengan Sultan Pahang dan krisis Perlembagaan 1983.